Takrif Aduan:

Takrif Aduan Aduan Awam adalah aduan orang ramai mengenai ketidakpuasan mereka terhadap semua aspek pentadbiran Kerajaan (termasuk agensi-agensi yang diswastakan dan institusi-institusi yang berbentuk monopoli dan membekalkan keperluan-keperluan awam yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada termasuk salah laku, penyelewengan, salahguna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya. Pengaduan awam meliputi semua aspek pentadbiran kerajaan termasuk agensi Kerajaan yang diswastakan.

Jenis-Jenis Aduan Yang Tidak Boleh Diterima

1. Perkara-perkara di bawah bidang Kuasa:
    - Jawatankuasa Kira-kira Awam
    - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
    - Biro Bantuan Guaman

2. Perkara berkenaan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan

3. Masalah keluarga/Peribadi

4. Tuntutan Berbentuk 'Civil' antara individu/syarikat